Respons Banjir 2014-15 di Asia Tenggara dan Asia Selatan

Setempat

 Indonesia — Sesetengah agensi Indonesia telah menyediakan tempat perlindungan di daerah-daerah yang terkesan, termasuklah di ibu pejabat polis dan tentera, serta di rumah-rumah ibadat.[25] Kira-kira 400 sukarelawan telah dikerah untuk mengedarkan bantuan dan tentera Indonesia meningkatkan bilangan kakitangannya.[14]

 MalaysiaKerajaan Malaysia telah mengerah semua aset yang ada untuk membantu dalam operasi menyelamat mangsa banjir, bilangan ahli kumpulan menyelamat ditingkatkan dan $14 juta telah diperuntukkan untuk menguruskan pusat-pusat bantuan.[65][66][67] Sejumlah $142 juta lagi dalam peruntukan telah diumumkan.[68][69] Perdana Menteri telah mengatakan bahawa sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan untuk negeri Sabah.[70] Beliau juga menyatakan bahawa penambahbaikan dalam tebatan banjir akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016–2020) untuk mengelakkan bencana sebegini daripdaa berulang, kerana tebatan banjir yang ada pada masa kini tidak mampu untuk menampung keseluruhan banjir yang melanda beberapa negeri.[71]

Negeri Melaka telah menghantar kira-kira RM500,000,[72] kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor memperuntukan kira-kira RM1.5 juta,[73][74] negeri Sarawak menghantar kira-kira RM2 juta,[75] dan negeri Terengganu yang terkena sendiri oleh banjir telah menghantar RM1 juta lagi.[76] Sebagai tanda hormat pada semua mangsa banjir di seluruh negara, kebanyakan konsert sambutan Tahun Baru, termasuklah yang di Pahang, Perak, Sabah, Selangor dan Terengganu, telah dibatalkan.[77] Negeri Melaka telah memutuskan untuk menyambut Tahun Baru dengan cara yang ringkas dan membatalkan kebanyakan acaranya.[78]

Bank Malaysia, Maybank telah menawarkan penangguhan bayaran selama enam bulan bagi bayawan pendahuluan pinjaman dan penepian cas-cas tertentu atas dasar kes-demi-kes bagi pengguna yang telah terkesan oleh banjir di negara tersebut.[79] Bank tersebut juga telah membantu mangsa-mangsa banjir melalui perkongsian baru-baru ini antara Yayasan Maybank dan Mercy Malaysia.[79] Johor FA telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantuk bilangan mangsa banjir yang semakin meningkat di Pantai Timur.[80]Pelbagai organisasi bukan kerajaan telah menyumbang bantuan mereka.[81]

 Thailand — Askar-askar di Thailand telah mula mengedarkan air bersih kepada mangsa-mangsa banjir dan menghentikan kereta-kereta daripada memasuki jalan-jalan yang banjir.[54] Timbalan Menteri Dalam Negeri Suthee Markboon telah menugaskan Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana di setiap wilayah untuk menghantar bantuan dengan segera kepada mereka yang terkesan akibat banjir, meninjau kerosakan dan mempercepat pelan pemulihan.[4] Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana (DDPM) telah bekerjasama dengan tentera dan unit-unit lain yang berhubung dengan bantuan banjir di setiap wilayah untuk memasang pam-pam air dan menilai kerosakan yang disebabkan oleh banjir.[4]

 Sri Lanka — Lebih daripada 7,000 anggota tentera telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas akibat banjir bagi operasi mencari dan menyelamat.[82]

Antarabangsa

 ChinaKerajaan China telah mendermakan sebanyak US$100,000 (RM339,160) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.[83] Duta China ke Malaysia Huang Huikan mengatakan bahawa kerajaan China "mengambil berat terhadap saudara-saudaranya di Malaysia yang terjejas akibat banjir.[84] China berharap untuk bersama-sama Malaysia dan tidak akan membiarkan orang Malaysia menghadapi cabaran sebegini sendirian". Beliau menambah bahawa China berjanji untuk memberikan sebanyak mungkin bantuan kepada Malaysia.[84]

 SingapuraPemerintah Singapura telah mencagar S$100,000 untuk mangsa banjir di Malaysia.[85] Kementerian Luar Negeri Singapura telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa wang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Palang Merah Singapura (SRC), dengan tambahan sebanyak S$127,000 untuk disalurkan daripada Dana Kecemasan Respons Bencana Singapura.[85] Tambahan RM600,000 (S$227,000) lagi diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) pada 30 Disember.[85] Unit penulenan air telah dihantar untuk memastikan yang kawasan yang terjejas mempunyai air minuman yang bersih.[85]

Semua masjid di Singapura telah menguruskan satu kutipan derma istimewa untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negara berjiran Malaysia.[86]

 Emiriah Arab BersatuSheikh Hamdan bin Zayed Al Nahayan, Presiden Bulan Sabit Merah Emiriah, telah mengarahkan bantuan kecemasan dihantar kepada mereka yang terselamat dari banjir di negeri-negeri timur laur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.[87]

Rujukan

WikiPedia: Banjir 2014-15 di Asia Tenggara dan Asia Selatan http://www.thenational.ae/world/southeast-asia/mal... http://armenpress.am/eng/news/789557/about-100000-... http://www.skynews.com.au/news/top-stories/2015/01... http://www.abc.net.au/news/2014-12-31/flood-storms... http://atjehpost.co/articles/read/18054/Banjir-Sur... http://thewatchers.adorraeli.com/2015/01/05/1-1-mi... http://america.aljazeera.com/articles/2014/12/28/m... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/12... http://www.aljazeera.com/weather/2014/12/what-make... http://news.asiaone.com/news/malaysia/flash-floods...